0

~ Sunyi Jalan Menuju Allah ~

Alangkah Indah Hidup Berteman,

Beriringan Bersama Mempersada Perjuangan,

Menongkah Arus Menerjang Badai,

Redha Illahi Matlamat Dimateri.

Namun Kehidupan Satu Ujian,

Memilih antara permata atau bangkai kehidupan,

Sekelumit Masa yang diperuntukkan,

Yang Abadi di kehidupan sana.

Sunyi rasa berkelana sendirian,

Menagih simpati iringan kebersamaan,

Mendayung bahtera sisi sebelah,

Tak mungkin bahtera gagah menongkah.

“Bersama Lebih Bermakna”

SKTU,Serdang

25 Mac 2011

(7.30 a,m)

Read more
0

Menuju IPG Baru VS Menerjang BADAI:5 Tahun Mempersada Perjuangan

Transformasi MASSA yang melanda iklim Institut Pendidikan Guru(IPG) hari ini menuntut perubahan yang terancang dan tersusun.Lekuk masa kini adalah sesiapa yang TIDAK bersedia berubah,dia akan ke belakang.Mampu adaptasi cabaran semasa secara berprinsip adalah keutamaan hari ini.

"Berpegang pada fundamental tapi jangan sampai JUMUD, bertindak secara Modernis tapi jangan sampai keterlaluan"

Yup,kita memang mengdambakan IPG yang mempunyai iklim dini dan penyuburan nilai intelektual.Namun aspek yang paling penting yang kita sering lupakan adalah STRATEGI.Strategi menuntut kepelbagaian RnD ,memahami antara presented vs real problem,data kepelbagaian sumber(manusia,bahan,tempat dlln) .

Maka membina IPG baru bukan kita menafikan dan melupakan yang lama,namun kita mengevolusi dan mereformasi pendekatan dan kaedah yang lebih diterima massa hari ini sesuai dengan pendekatan HIKMAH yang sering kita laungkan.
Read more
0

Pelajarilah Al-Quran Dan Ajarkanlahnya!!

Surat Cinta Dari Ilahi

Hati siapa yang tidak berbunga apabila menerima Surat Cinta dari sang kekasih hati.Pastinya igauan,angauan dan tersengih sorang memanjang memikirkan Si DIA yang tercinta.Alangkah indahnya apabila kita mampu menjiwai membaca Al-Quran seperti Surat Cinta Dari Pencipta.

Kelebihan Belajar Al-Quran Dan Mengajarkannya

Nabi s.a.w. telah bersabda: " (خَيرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ) Sebaik-baik kamu siapa yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain." [Riwayat Muslim].

Prestasi minima

Maka Muhasabah diri kita??Adakah kita setiap hari kita berusaha mempelajari setiap ilmu dalam Al-Quran(Ilmu Tajwid,Qiraat,Asbabun Nuzul,Ikjaz Al-Quran dlln)??Adakah kita berusaha mengajarkannya kepada orang lain-hatta satu huruf??Malah bila kita bermuhasabah,adakah sudah setahun kita sudah mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 3 kali(sebulan di Bulan Ramadhan dan 2 lagi di 11 bulan selainnya)...

Penutup

Mendamba Generasi Al-Quran menuntut pengamalan Al-Quran secara holistik dan pemBUDAYAan Al-Quran di segenap kehidupan.Beruntunglah orang yang sentiasa menjadikan hatinya Al-Quran di mana-mana.
Read more
0

Bukan Sekadar Transaksi Ilmu((I'm Murabbi,not only Muallim))

Realiti Pendidikan Hari Ini

Kebejatan sosial dan gelap kejatuhan tamadun manusia yang menerjang bumi Malaysia hari ini diukur dengan Sistem Pendidikan hari ini.Maka kita akan melihat human resource utamanya dalam sistem ini,iaitu para gurunya.Di Malaysia hari ini dianggarkan mempunyai 400000 guru.Selalu didengari “Guru Sekadar Melepas Batuk Di Tangga”,benarkah?

Muallim VS Murabbi

Maka antara watak guru yang dilihat hari ini sekadar memindahkan ilmu yang ada kepada murid tanpa penerapan dan penghayatan adab dan nilai murni.Kejayaan melaksanakan objektif peralihan ilmu ini menyebabkan lahirnya sistem berasakan peperiksaan,namun dari sudut amalinya menyebabkan murid tentera hafalan, bukan pemanifestasi amalan.
Maka sifat guru yang selama ini sekadar Muallim(penyampai ilmu) mesti ditransformasikan menjadi Murabbi(penyampai yang memastikan menyedari dirinya INSAN dan berTUHAN)

Transformasi Guru

First Impression;para gurulah yang mesti menunjukkan perwatakan seorang yang beradab terlebih dahulu sebelum meminta anak muridnya beradab.Penggemburan citra diri seorang guru mesti dibina dan mampu menjadi qudwah kepada anak muridnya.
Mendaulatkan Sistem Pendidikan Islam
Maka bila kita berbicara tentang sistem dan meyakini Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin,sesungguhnya menjadi kewajipan keatas kita mendaulatkannya dengan memastikan Islam bukan sekadar subjek matapelajaran,namun ianya diSISTEMkan ke dalam keseluruhan segmen dan sudut pendidikan sehingga dunia mampu melihat keunggulan SISTEM PENDIDIKAN ISLAM.

Penutup

Inspired The Past,Generate For The Future.Melahirkan Generasi Jilun Quranun Farid(Generasi Quran Yang Unggul(Generasi Sahabat Nabi S.A.W) bukanlan satu imaginasi dan angan-angan,malah ianya satu impian yang boleh tercapai.Dengan syarat,APA USAHA KITA???

Penulis merupakan pelajar Program Ijazah Pendidikan di IPG-KPI,Bangi .Meminati budaya wacana dan hujah yang menambahkan nilai intelektual.
Read more
0

PERSONAL MISSION STATEMENTS

PERSONAL MISSION STATEMENTS

• Meneguhkan iman dan taqwa kepada Allah, patuh kepada perintah agama, mengamal dan menghidupkan sunnah, sentiasa mengingati hari kematian dan hari akhirat.

• Membina, memantap dan menyuburkan diri dengan sifat-sifat terpuji seperti jujur, amanah, proaktif, lemah-lembut tetapi tegas, penyayang, berprinsip, tenang dan sabar, lapang dada, mampu menahan shahwat dan marah serta membuang sifat-sifat terkeji dari dalam diri secara berperingkat dan beransur-ansur.

• Menggunakan masa dengan perkara yang terbaik kerana masa adalah modal yang paling berharga untuk bekalan pada hari akhirat & masa hadapan.

• Menggunakan masa-masa utama (prime time) untuk aktiviti-aktiviti pembinaan kendiri seperti bertafakur, berzikir, muhasabah, membaca Quran, membuat perancangan dan persediaan.

• Membiasakan diri dengan pekerjaan berfikir dan merancang pada setiap hari.

• Meningkatkan kualiti dan profesionalisma dalam bidang yang saya ceburi.

• Memantapkan ilmu dan kefahaman melalui proses perguruan, pembacaan dan pengalaman.

• Menunjukkan akhlaq yang baik dan terpuji sebagai sebagai contoh teladan kepada isteri dan anak-anak. Memulakan proses pendidikan dari diri sendiri kemudian keluarga ke arah mencapai kebahagiaan dan mardhatillah di dunia dan di akhirat. Memperuntukkan masa berkualiti bersama.

• Melengkapkan diri dengan ilmu dan alat dakwah sebagai seorang daie yang berkesan.

• Mendengar dengan teliti dan memahami sebelum membuat keputusan atau hukuman. 'Sebaik-baik akhlaq seseorang itu ialah apabila saudaranya bercakap dia mendengar'

• Berdikari dan tidak bergantung dalam sumber kewangan.

Read more
0

ISLAMIC MANNERISMS SERIES

ISLAMIC MANNERISMS SERIES

1. Kindness, gentleness, forbearance.

2. Controlling anger and forgiving others.

3. Justice and fairness.

4. Chastity, purity and modestity.

5. Safeguarding and avoiding sins.

6. Love for all, Hatred for none.

7. No insulting.

8. No Spying or Back-biting.

9. Piety and God-conscious.

10. No evil thinking for others.

11. Seeking help from ALLAH through prayers, and being patient.

12. Cooperation with everyone and community-hood.

13. Obediance.

14. Repulse evil with good.

15. Humility.

16. Contentment.

17. Trustworthiness.

Read more
2

Orientalis Dalam Karya Sirah

Orientalis Dalam Karya Sirah
Disediakan Oleh : Mohd Bukhari Bin Hashim

Pengertian Orientalisme

“Segala sesuatu yang bersumberkan dari orang Barat iaitu orang Eropah (baik Eropah Barat juga Timur, termasuk Soviet) dan orang Amerika,berupa karya-karya akademik yang membahas masalah-masalah Islam dan kaum muslimin, di bidang aqidah, syariah, sosial, politik, pemikiran, dan seni dan lain-lain dengan tujuan untuk memburukkan Islam dan menimbulkan syak terhadap akidah Islam.”

Jenis kumpulan Orientalis

1. Kumpulan pengkaji yang suka mencari kisah ganjil, pelik dan dongeng.Mereka banyak mereka cipta kisah bohong & fitnah terhadap Islam. Muncul dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis, bagaimanapun semakin berkurangan dari masa ke semasa.
2. Kumpulan yang meluangkan sepenuh masanya dalam kajian Islam dan Arab dalam usaha membekalkan maklumat kepada Barat dari sudut Ekonomi dan Politik dan Penjajahan baru.
3. Kumpulan yang sangat benci dan bermusuhan dengan Islam lalu sengaja menutup kebenaran dalam tulisan-tulisan mereka.
4. Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pengkaji akademik yang tulus ikhlas dan professional, bagaimanapun sebenarnya mencari kelemahan Islam serta meragukan kesohihan Risalah Islam, Aqidah Tauhid, kesahihan Al-Quran, Hadith dan lain-lain.
5. Kumpulan yang benar-benar membuat kajian secara ilmiah dan professional tanpa sebarang sentimen agama, yang mana setengahnya membawa mereka kepada Islam.

Faktor-Faktor Kemunculan Orientalis

1.Faktor Keagamaan
Bertujuan untuk menyaingi perkembangan Islam kerana ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka dalam perang Salib. Seterusnya menyebarkan Islam yang telah diselewengkan oleh Barat dengan mempelajari dan menyelidik hal-hal dunia Islam dan berusaha untuk menghancurkan Islam.

2.Faktor Ilmu
Pada waktu Barat masih tidak kenal tentang ilmu pengrtahuan, sains dan teknologi mereka mempelajarinya dengan tamadun Islam khasnya di Sepanyol.Ia bertujuan untuk menangkis hujah dan membenarkan kata-kata mereka di hadapan lawan

3.Faktor Ekonomi
Pelbagai sumber makanan, rempah-ratus dan hasil bumi di Timur. Ini kerana apabila golongan ini Berjaya menguasai Timur bermakna mereka juga memonopoli kekuatan ekonomi dunia.

4.Faktor Politik
Kemunculam mereka kerana mereka beranggapan apabila banyak tempat yang dijajah oleh mereka maka semakin gemilanglah nama negara penjajah itu. Ia berlaku selepas kebanyakan Negara Islam bebas daripada belenggu penjajahan.Usaha-usaha ini dilakukan dengan alasan untuk member bantuan yang berbentuk nasihat dan bimbingan .

5.Faktor Sejarah
Dendam mereka dengan perkembangan Islam semenjak zaman Saidina Rasulullah (S.A.W). Maka melalui gerakan ini, mereka akan mempelajari segala ilmu pengetahuan, budaya, sastera dan sebagainya yang mempunyai kaitan dengan umat Islam. Seterusnya, umat Islam akan diserang kembali dengan ilmu-ilmu yang berasal daripada mereka.

Karya Orientalis Dalam Sirah
• Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee
• Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir
• Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin
• Arabic History oleh Phillip Hitti

Aspek Serangan Orientalis Dalam karya Sirah

1)Bersemangat mulhid dan meragui kebenaran Nabi.
Segolongan Orientalis adalah 'Free Thinker', Atheis dan menentang agama. Mereka menolak sama sekali saranan agama dan idealismenya ,sebab itulah mereka tidak teragak-agak mencemoh agama dan mendustakannya. Ini jelas apabila mereka menyerang Nabi Isa dengan mengatakan beliau gila .Begitu juga bila mereka merendah-rendahkan Nabi Muhammad S.A.W. Mereka bukannya pengkaji yang objektif. Mereka memang sengaja mahu menghina dan memperkecilkan Nabi Muhammad SAW. Voltire umpamanya mengarang drama bertajuk 'fanatik' dalam tahun 1718 untuk menyerang Nabi Muhammad SAW. Beliau menghadiahkan kerjayanya itu kepada Pope Benwa Keempat belas. Semangat seperti ini juga mempengaruhi penulis seperti Taha Husin dan lain-lain.

2)Melakukan serangan secara tidak langsung terhadap Sirah.
Kadangkala Orientalis menulis mengenai Muhammad SAW dan misinya terbagi di bawah tajuk lain.Namun dalam membicarakan tajuk tertentu mereka sempat memesongkan pembaca secara halus .Agnatius Kratsykoysky, Orientalis Russia menulis dalam bukunya Sejarah Geografi Sastera Arab "Bahawa Al Quran ialah himpunan ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh Muhammad SAW melalui pendengaran . Ia merupakan contoh umum dalam bidang ini ".

3) Menghuraikan Dengan Sesuatu Yang Karut Dan Tiada Kaitan Dengan Nabi
Perkara yang karut dan bersumberkan pada andaian sendiri ini sering dilakukan oleh para orientalis di dalam kajian mereka termasuk terhadap Sirah Nabi Muhammad. Hal ini disebutkan oleh Dr. al-Dib dalam satu komentarnya: “Orientalis sering menyebutkan sesuatu yang karut dan tidak mempunyai kaitan dengan situasi semasa dalam kehidupan manusia kini, pada sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku hanya berdasarkan andaian mereka. Malahan mereka pasti akan menghuraikannya berlandaskan hipotesis atau kepakaran mereka secara khusus dalam situasi yang berlaku dengan kehidupan mereka dan masyarakat mereka sehari-hari.” Misalnya, mereka menyesuaikan pemilihan para pemerintah sebagaimana situasi kehidupan masyarakat Barat yang menunjukkan pertikaian mereka dalam pemilihan sesebuah parti pemerintah dan calon pemimpin berdasarkan faktor masa kini. Mereka menjadikan situasi ini seperti sesebuah pilihanraya dan wujudnya pemilihan calon pemimpin untuk disokong dan ditentang. Ini hanya pada teori sahaja, sedangkan pada praktikalnya yang berlaku amat berlainan sekali bagi golongan yang memiliki wang dan harta di negara Barat.
Mereka ini mampu membeli undi para pengundi agar memilih mereka dengan kekayaan dan kemewahan yang mereka miliki. Hal ini memaparkan betapa teruknya keadaan yang berlaku sehingga diterbitkan sebuah buku yang pernah menjadi buku ‘terlaris’ di pasaran dunia Barat yang berjudul “Membeli Pemimpin” dan buku yang lain bertajuk “Mencipta Pemimpin”. Lalu mereka menggarapkan cerita sebegini di dalam kisah sejarah berkaitan dengan bai’ah pelantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai pengganti Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan gambaran yang samar.

4) Mewujudkan Keraguan Dalam Aspek Sejarah Dan Sunnah Nabi
Begitu banyak fakta dan info berkaitan dengan Sirah Hidup Nabi Muhammad dan juga Sejarah Dunia Islam yang diberikan fakta songsang dan amat menyeleweng dengan hakikat peristiwa sebenar yang terjadi. Sesetengah fakta itu diputar belitkan dengan baik agar sukar untuk dikenali antara baik dan buruk sesebuah peristiwa tersebut. Mereka sering menulis cerita berkaitan sejarah dengan diselitkan cerita yang bukan dari realiti sebenar, ataupun diselewengkan faktanya atau memutar belitkan dengan kisah-kisah khayalan yang sukar difahami.

Perkara ini merupakan salah satu teknik mereka yang paling berjaya dalam membuatkan masyarakat Islam sendiri merasa ragu-ragu terhadap kebenaran kisah sejarah umat Islam sendiri. Apabila diperhatikan kisah-kisah sebegini, ia memaparkan kisah pelik di kalangan umat Islam sendiri. Keadaan ini menjadi ‘gangguan’ bagi para pemuda Islam memahami serta menerima fakta sejarah agung umat Islam terdahulu.

Dr. Muhammad Fathi ‘Utsman di dalam bukunya ada menyebutkan: “Mereka ini (orientalis) begitu melampau dalam mengisi fakta pada setiap penulisan karya mereka, terutamanya di dalam lapangan Sirah Nabi Muhammad. Mereka menggunakan segala daya usaha yang ada untuk mewujudkan keraguan di dalamnya. Mereka menciptakan keraguan ini bermula daripada nama Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dan seterusnya. Seandainya mereka mampu untuk mewujudkan keraguan di benak kaum muslimin, pasti mereka akan menjadikan umat Islam ragu-ragu hingga pada kerasulannya…”

5) Menimbulkan Penyelewengan Dan Pemalsuan Sirah
Sebahagian orientalis berusaha untuk mewujudkan penyelewengan terhadap kepelbagaian fakta ketamadunan umat Islam. Segala realiti ini wujud dan menjadi ciri keunikan ajaran Islam dan para penganutnya sejak sekian lama. Namun ia dinafikan dengan segenap daya kemampuan yang dimiliki oleh mereka agar tidak tersebar di kalangan bangsa lain yang berada di luar lingkungan ajaran Islam.
Para orientalis ini menafikan sekeras-kerasnya sejarah penyebaran Islam dilakukan dengan cara paling lunak dan amat diplomasi. Mereka turut menolak kesejagatan risalah Islam yang sesuai untuk semua budaya dan etnik. Sebaliknya mereka menyebarkan dakyah bahawa ajaran Islam ini disebar luaskan dengan ‘mata pedang’ dan kekerasan.

Tidak hairanlah mereka mengengkari fakta kesejagatan Islam yang secara khususnya berkait dengan risalah dan surat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang diutuskan kepada parab pemerintah dan pembesar wilayah di luar Semenanjung Tanah Arab ketika itu. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menghantar surat kepada Maharaja Rom iaitu Hercules, pembesar Mesir iaitu al-Muqauqis, pembesar Ethopia atau Habsyah iaitu al-Najasyi (Negus) dan juga pemerintah di wilayah Parsi.
Orientalis seperti Gustav Lobon dalam bukunya berjudul “Sejarah Arab” yang memaparkan Nabi Muhammad sebagai seorang yang telah mengetahui di kalangan Yahudi dan Kristian terdapat seorang nabi yang diutus khusus kepada bangsa tersebut. Lalu Muhammad yang dilahirkan di kalangan bangsa Arab dan mengetahui keadaan itu telah mendakwa bahawa dirinyalah nabi yang diutuskan tuhan kepada mereka. Lanta beliau menyaring dan meniru sesetengah hukum yang terdapat di dalam kitab panduan Yahudi dan Kristian untuk dijadikan kitabnya yang diturunkan serta sebagai seorang yang boleh diyakini sebagai seorang nabi.

6) Menggunakan Sumber Yang Tidak Boleh Dipercayai Dari Kalangan Umat Islam
Antara satu kecacatan yang menjadi perkara paling ‘memualkan’ dalam pengajian para orientalis terhadap Islam dan umatnya adalah dengan mengambil sumber yang tidak boleh dipercayai di kalangan umat Islam. Bahkan, mereka akan menjadikan sumber ini sebagai satu sumber asas yang menjadi keutamaan dalam setiap kajian dan penyelidikan mereka. Oleh itu, mereka seringkali merujuk kepada kitab-kitab yang kurang dipercayai seperti kitab karya al-Asfahani berjudul “al-Aghani” sebagai asas rujukan mereka di dalam kajian sejarah Islam dan masyarakatnya.
Begitu juga dengan beberapa lagi sumber rujukan yang sememangnya telah ditolak dan dipinggirkan oleh sebahagian besar ulama dan sarjana Islam. Antara buku yang telah diberikan ‘amaran’ kepada kaum Muslimin daripada membaca dan mengambilnya sebagai rujukan seperti buku-buku sejarah yang telah dihasilkan oleh umat Islam sendiri, antaranya “Sirah Ibn Ishaq”, “Sejarah al-Waqidi”, “Sejarah Abu al-Mikhnaf”, “Pengembaraan Ibn Battuta” dan sebagainya.

Para ulama Islam menolak dari mengambil fakta buku-buku ini kerana berlakunya penyelewengan di dalamnya oleh para penulis tersebut, seperti Ibn Ishaq, al-Waqidi dan Abu al-Mikhnaf yang lebih cenderung kepada Syiah dan terdapat banyak fakta yang mengelirukan di dalamnya serta berat sebelah. Manakala, hasil kerja Ibn Battuta itu pula disebabkan cerita itu mengandungi fakta yang mengelirukan dan penulisan itu ditulis semua oleh penulisnya selepas lebih 20 tahun pengembaraan itu dimulakan. Sedangkan kisah-kisah inilah yang dijadikan sumber utama bagi kajian penyelidikan mereka.

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ORIENTALIS

1. SOCIETE ASIATIQUE
Iaitu pertubuhan Asia Perancis yang diasaskan di Paris yang memainkan peranan dalam menulis dan menyebarkan kitab dalam pengajian bahasa Arab, menterjemah kitab, mengkaji tentang geografi sejarah dan undang-undang Islam. Mereka juga mengkaji tentang peradaban orang Asia dan mengumpul maklumat tentang kependudukan di Asia.

2. ROYAL ASIATIC SOCIETY
Pertubuhan Asia Diraja (Britain) ditubuhkan di London. Matlamat dan peranannya adalah sebagaimana pertubuhan Societe Asiatique. Selain itu terdapat juga badan penyelarasan dan kajian yang berhubung dengan kesenian, kebudayaan dan tradisi masyarakat Timur.

3. THE AMERICAN ORIENTAL SOCIETY
Pertubuhan ini diasaskan pada tahun 1842. Matlamat utama yang di ambil daripada permuafakatan mereka yang pertama ialah menuntut kepada pengajian timur (orient) untuk melakukan penjajahan sebagaimana yang dilakukan oleh negara-negara Eropah terhadap dunia Timur.

4. THE MIDDLE EAST INSTITUTE
Kerajaan Amerika menubuhkan Institusi pengajian pada tahun 1947 ini sebagai salah satu daripada usaha dalam mencapai matlamat Orientalisme.

5. THE MIDDLE EAST STUDIES ASSOCIATION
Ianya adalah di antara beberapa pertubuhan yang bergiat aktif dalam bidang pengajian dan pendidikan bagi mencapai matlamat sebagaimana pertubuhan-pertubuhan di atas.

Kesan Gerakan Orientalisme

1. Kerancuan Akidah
Di Mesir umpamanya, umat Islam dikejutkan oleh berbagai telatah kebaratan yang amat menyolok. Antara yang terakhir ialah hukuman murtad yang dijatuhkan oleh mahkamah Mesir terhadap seorang terpelajar; Dr. Nasr Abu Zaid yang menafikan kerasulan Muhammad, hukum hudud dan lain. Di Bangladesh umat Islam berhadapan dengan manusia seperti Taslima Nasrin. Di England umat dikejutkan dengan Salman Rushdi, di Amerika dengan Rashad Khalifa sementara di negara kita umat dikejutkan oleh golongan anti-hadis dan berbagai lagi gejala dan figure lain yang menjadi mangsa gerakan jahat ini.

2. Kekeliruan minda atau penyimpangan pemikiran.
Umat Islam khasnya setengah golongan elit budaya, pemikiran, sasterawan, wartawan, ilmuan terbawa-bawa dengan paradigma Judo Kristien dalam teori-teori, pandangan-pandangan yang mereka ajukan untuk menyelesaikan masalah umat.

3. Fahaman Sekularisme Yang Menular Dalam Amalan Politik dan Pendidikan.
Fahaman politik Michiavili, pragmatic, nationalistic dan bersifat kekinian dan liberal adalah menjadi asas pemikiran elit politik. Mereka menjadi watch dog imperialis untuk tidak mengizinkan sama sekali Islam memainkan peranannya di pentas politik.Perjuangan politik atas dasar Islam adalah haram dalam beberapa negara umat Islam.

4. Sistem undang-undang Barat menggantikan sistem perundangan tempatan.
Elite pemerintah di negara-negara umat Islam pasca penjajahan umumnya meneruskan sistem perundangan Barat. Mereka masih "beriman" bahawa undang-undang Islam tidak dapat memberikan keadilan berbanding undang-undang penjajah Inggeris atau Perancis. Lebih jauh mereka beri'tikad bahawa undang-undang Islam jika diamalkan akan membawa kepada kezaliman. Mereka yakin akidah mereka seperti ini adalah mewakili akidah yang betul. Manakala akidah yang sebenarnya adalah sesat.

5. Dasar Budaya dan amalan yang mengukuhkan faham Materialisme.
Budaya hiburan bercambah dengan pesat di negara-negara umat Islam, khasnya yang menikmati tahap kemajuan ekonomi yang baik. Faham kebendaan,korporatism, semangat untuk memperdagangkan apa sahaja eset yang ada begitu mempengaruhi hati budi umat. Media massa saban hari memperagakan cara gaya hidup mewah melalui iklan-iklan yang menggeliurkan. Para pemimpin kecil menunggu kesempatan untuk menjual kuasa pengundian kepada para pemimpin yang lebih besar dengan harga yang paling lumayan. Rakyat sendiri disunglap dan disuap dengan habuan kebendaan dalam membuat pemilihan pemimpin masyarakat atau negara.

6. Kepimpinan Elit dari golongan Modernis.
Masyarakat umat Islam rata-rata diperintah oleh golongan yang dididik khusus oleh penjajah untuk melanjutkan model politik, budaya dan ekonomi kapitalis. Mereka adalah golongan modenis, anak didik orientalis tokoh-tokoh penjajah atau yang ditatang oleh agen-agen penjajah. Melalui kepimpinan mereka yang berfaham liberal tentu akan lebih memudahkan kuasa ekonomi dan budaya penjajah kembali semula menangani nasib negara yang baru merdeka.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHADAPI PERANCANGAN OREANTALIS

1) Mengenalpasti ancaman Orientalis dan Pentadbirannya
Langkah yang pertama yang perlu bagi umat Islam adal;ah untuk mengenalpasti ancaman yang datang dari perencanaan ini, bagaiman ancamnan ini di tadsbir, dalam apa bentuk dan sumber-sumber yang ada pada golongan ini. Umat Islam perlu bukan sekadar mengetahui ancaman ini tetapi juga perlu menyebarkannya di kalangan umat Islam akan bahaya dan ancaman yang dimainkan oleh golongan ini.

2) Perlunya ulamak Islam yang pakar untuk menjawab kembali tuduhan Orientalis .
Langkah kedua adalah perlunya di kalangan Ulama dan cerdik-pandai Islam supaya dapat berbincang dan menyusun strategi bagi menyebarkan penyelewengan orieantalis ini serta berusaha untuk meningkatkan penyebaran Islam terutama di dalam perspektif sejarah Islam dan tamadunnya. Institusi-institusi penyelidikan yang khusus menyelidik gerakgeri dan tektik golongan Orieantalis juga harus diwujudkan segera bagi menghalang penyebaran sebarang maklumat mengenai Islam di kalangan golongan orieantalis.

3)Umat Islam perlulah mendekati mereka dengan sehikmah mungkin.
Ulamak dan umat Islam perlulah mendekati mereka dengan sehikmah mungkin dalam menerangkan konsep Islam yang sebenarnya dan membetulkan kembali sebarang kefahaman mereka yang silap berkenaan dengan agama Islam serta berdakwah kepada mereka.

4) Mereka serta kegiatan mereka perlu dibendung seberkesan mungkin.
Bagi negara yang boleh menggunakan kekutan undang-undang haruslah menguatkuasakan akta dan hukuman terhadap sebarang usaha yang meragukan Islam dan tidakan tegas hendaklah dikenakan kepada gerakan orientalis.
Read more

Thursday, March 24, 2011

~ Sunyi Jalan Menuju Allah ~

Alangkah Indah Hidup Berteman,

Beriringan Bersama Mempersada Perjuangan,

Menongkah Arus Menerjang Badai,

Redha Illahi Matlamat Dimateri.

Namun Kehidupan Satu Ujian,

Memilih antara permata atau bangkai kehidupan,

Sekelumit Masa yang diperuntukkan,

Yang Abadi di kehidupan sana.

Sunyi rasa berkelana sendirian,

Menagih simpati iringan kebersamaan,

Mendayung bahtera sisi sebelah,

Tak mungkin bahtera gagah menongkah.

“Bersama Lebih Bermakna”

SKTU,Serdang

25 Mac 2011

(7.30 a,m)

Wednesday, March 23, 2011

Menuju IPG Baru VS Menerjang BADAI:5 Tahun Mempersada Perjuangan

Transformasi MASSA yang melanda iklim Institut Pendidikan Guru(IPG) hari ini menuntut perubahan yang terancang dan tersusun.Lekuk masa kini adalah sesiapa yang TIDAK bersedia berubah,dia akan ke belakang.Mampu adaptasi cabaran semasa secara berprinsip adalah keutamaan hari ini.

"Berpegang pada fundamental tapi jangan sampai JUMUD, bertindak secara Modernis tapi jangan sampai keterlaluan"

Yup,kita memang mengdambakan IPG yang mempunyai iklim dini dan penyuburan nilai intelektual.Namun aspek yang paling penting yang kita sering lupakan adalah STRATEGI.Strategi menuntut kepelbagaian RnD ,memahami antara presented vs real problem,data kepelbagaian sumber(manusia,bahan,tempat dlln) .

Maka membina IPG baru bukan kita menafikan dan melupakan yang lama,namun kita mengevolusi dan mereformasi pendekatan dan kaedah yang lebih diterima massa hari ini sesuai dengan pendekatan HIKMAH yang sering kita laungkan.

Tuesday, March 22, 2011

Pelajarilah Al-Quran Dan Ajarkanlahnya!!

Surat Cinta Dari Ilahi

Hati siapa yang tidak berbunga apabila menerima Surat Cinta dari sang kekasih hati.Pastinya igauan,angauan dan tersengih sorang memanjang memikirkan Si DIA yang tercinta.Alangkah indahnya apabila kita mampu menjiwai membaca Al-Quran seperti Surat Cinta Dari Pencipta.

Kelebihan Belajar Al-Quran Dan Mengajarkannya

Nabi s.a.w. telah bersabda: " (خَيرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ) Sebaik-baik kamu siapa yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain." [Riwayat Muslim].

Prestasi minima

Maka Muhasabah diri kita??Adakah kita setiap hari kita berusaha mempelajari setiap ilmu dalam Al-Quran(Ilmu Tajwid,Qiraat,Asbabun Nuzul,Ikjaz Al-Quran dlln)??Adakah kita berusaha mengajarkannya kepada orang lain-hatta satu huruf??Malah bila kita bermuhasabah,adakah sudah setahun kita sudah mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 3 kali(sebulan di Bulan Ramadhan dan 2 lagi di 11 bulan selainnya)...

Penutup

Mendamba Generasi Al-Quran menuntut pengamalan Al-Quran secara holistik dan pemBUDAYAan Al-Quran di segenap kehidupan.Beruntunglah orang yang sentiasa menjadikan hatinya Al-Quran di mana-mana.

Monday, March 21, 2011

Bukan Sekadar Transaksi Ilmu((I'm Murabbi,not only Muallim))

Realiti Pendidikan Hari Ini

Kebejatan sosial dan gelap kejatuhan tamadun manusia yang menerjang bumi Malaysia hari ini diukur dengan Sistem Pendidikan hari ini.Maka kita akan melihat human resource utamanya dalam sistem ini,iaitu para gurunya.Di Malaysia hari ini dianggarkan mempunyai 400000 guru.Selalu didengari “Guru Sekadar Melepas Batuk Di Tangga”,benarkah?

Muallim VS Murabbi

Maka antara watak guru yang dilihat hari ini sekadar memindahkan ilmu yang ada kepada murid tanpa penerapan dan penghayatan adab dan nilai murni.Kejayaan melaksanakan objektif peralihan ilmu ini menyebabkan lahirnya sistem berasakan peperiksaan,namun dari sudut amalinya menyebabkan murid tentera hafalan, bukan pemanifestasi amalan.
Maka sifat guru yang selama ini sekadar Muallim(penyampai ilmu) mesti ditransformasikan menjadi Murabbi(penyampai yang memastikan menyedari dirinya INSAN dan berTUHAN)

Transformasi Guru

First Impression;para gurulah yang mesti menunjukkan perwatakan seorang yang beradab terlebih dahulu sebelum meminta anak muridnya beradab.Penggemburan citra diri seorang guru mesti dibina dan mampu menjadi qudwah kepada anak muridnya.
Mendaulatkan Sistem Pendidikan Islam
Maka bila kita berbicara tentang sistem dan meyakini Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin,sesungguhnya menjadi kewajipan keatas kita mendaulatkannya dengan memastikan Islam bukan sekadar subjek matapelajaran,namun ianya diSISTEMkan ke dalam keseluruhan segmen dan sudut pendidikan sehingga dunia mampu melihat keunggulan SISTEM PENDIDIKAN ISLAM.

Penutup

Inspired The Past,Generate For The Future.Melahirkan Generasi Jilun Quranun Farid(Generasi Quran Yang Unggul(Generasi Sahabat Nabi S.A.W) bukanlan satu imaginasi dan angan-angan,malah ianya satu impian yang boleh tercapai.Dengan syarat,APA USAHA KITA???

Penulis merupakan pelajar Program Ijazah Pendidikan di IPG-KPI,Bangi .Meminati budaya wacana dan hujah yang menambahkan nilai intelektual.

Saturday, April 10, 2010

PERSONAL MISSION STATEMENTS

PERSONAL MISSION STATEMENTS

• Meneguhkan iman dan taqwa kepada Allah, patuh kepada perintah agama, mengamal dan menghidupkan sunnah, sentiasa mengingati hari kematian dan hari akhirat.

• Membina, memantap dan menyuburkan diri dengan sifat-sifat terpuji seperti jujur, amanah, proaktif, lemah-lembut tetapi tegas, penyayang, berprinsip, tenang dan sabar, lapang dada, mampu menahan shahwat dan marah serta membuang sifat-sifat terkeji dari dalam diri secara berperingkat dan beransur-ansur.

• Menggunakan masa dengan perkara yang terbaik kerana masa adalah modal yang paling berharga untuk bekalan pada hari akhirat & masa hadapan.

• Menggunakan masa-masa utama (prime time) untuk aktiviti-aktiviti pembinaan kendiri seperti bertafakur, berzikir, muhasabah, membaca Quran, membuat perancangan dan persediaan.

• Membiasakan diri dengan pekerjaan berfikir dan merancang pada setiap hari.

• Meningkatkan kualiti dan profesionalisma dalam bidang yang saya ceburi.

• Memantapkan ilmu dan kefahaman melalui proses perguruan, pembacaan dan pengalaman.

• Menunjukkan akhlaq yang baik dan terpuji sebagai sebagai contoh teladan kepada isteri dan anak-anak. Memulakan proses pendidikan dari diri sendiri kemudian keluarga ke arah mencapai kebahagiaan dan mardhatillah di dunia dan di akhirat. Memperuntukkan masa berkualiti bersama.

• Melengkapkan diri dengan ilmu dan alat dakwah sebagai seorang daie yang berkesan.

• Mendengar dengan teliti dan memahami sebelum membuat keputusan atau hukuman. 'Sebaik-baik akhlaq seseorang itu ialah apabila saudaranya bercakap dia mendengar'

• Berdikari dan tidak bergantung dalam sumber kewangan.

ISLAMIC MANNERISMS SERIES

ISLAMIC MANNERISMS SERIES

1. Kindness, gentleness, forbearance.

2. Controlling anger and forgiving others.

3. Justice and fairness.

4. Chastity, purity and modestity.

5. Safeguarding and avoiding sins.

6. Love for all, Hatred for none.

7. No insulting.

8. No Spying or Back-biting.

9. Piety and God-conscious.

10. No evil thinking for others.

11. Seeking help from ALLAH through prayers, and being patient.

12. Cooperation with everyone and community-hood.

13. Obediance.

14. Repulse evil with good.

15. Humility.

16. Contentment.

17. Trustworthiness.

Tuesday, March 30, 2010