Perkaitan Sirah Nabi Muhammad S.A.W Dengan Komunikasi

Disediakan oleh:Mohd Bukhari Bin Hashim

Maksud Komunikasi Menurut Quran
#Istilah yang membawa makna ‘komunikasi’ dalam bahasa Arab ialah ittisal
#Perkataan ini bererti ‘sampaikan’ seperti yang terdapat dalam Quran dalam bab Qasas, ayat 51, ‘Dan demi sesungguhnya kami sampaikan kata-kata kami kepada mereka supaya mereka beroleh peringatan lalu beriman’.

Kaedah Komunikasi yang tercatat dalam sirah
Terdapat beberapa prinsip komunikasi yang disabdakan oleh Nabi S.A.W.Bercakap tentang bentuk komunikasi,Rasulullah S.A.W dikatakan telah bersabda seperti yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dalam hadis yang disusunnya-

“Sebutkan perkara yang baik mengenai saudara kamu yang tidak hadir di dalam perjumpaan, terutama sekali perkara yang kamu suka diperkatakan oleh saudara kamu ketika kamu tidak hadir”

Tentang perkara yang perlu dijauhi seseorng juga,Ibnu Abi Dunya meriwayatkan dalam hadis yang sama bagaimana Rasulullah meminta seseorang pengulas supaya menjauhi:
1)Mengatakan apa jua yang tidak ada kena mengena dengan diri sendiri.
2)Mengatakan apa jua tentang diri sendiri pada majlis yang salah.

Dalam hadis yang lain juga,Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya tuhan tidak suka orang seperti itu…yang memutar-belitkan fakta dengan lidah mereka seperti seekor lembu yang memusing-musingkan rumput dengan lidahnya.

Antara lain pendekatan yang digunakan nabi dalam berkomunikasi:
• Memulakan percakapan dengan ‘Assalamualaikum’ :Prinsip ini berdasarkan kata-kata Nabi Muhammad, ‘ucapkan salam sebelum bercakap.
• Menyebut perkara yang penting berulang kali: Prinsip ini bersandar kepada amalan Muhammad, iaitu apabila beliau mengucapkan satu kata, beliau mengulangi tiga kali sehingga kata itu difahami.
• Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tingkat kecerdasan pendengar: Prinsip ini bersandar kepada kata-kata Muhammad, ‘Berbicara kepada manusia menurut kecerdasan mereka masing-masing’.

2 Kaedah kumunikasi yang diajarkan kepada kita adalah Alkhitabah dan Ar-Risalah.

• Al-Khitabah(pidato)

Antara kebijaksanaan pidato Rasulullah:
1)Menggunakan pidato yang bijak untuk menimbulkan kesedaran orang Arab terhadap kebenaran mesej.
2)Menekankan kewujudan Allah yang esa.
3)Menekankan betapa pentingnya hidup mematuhi hukum Allah dan menjauhi maksiat.
Lama-kelamaan apabila Rasulullah S.A.W. menjadikan pidato(khutbah) sebagai sebahagian ibadah dalam Islam,ia diwajibkan sebelum solat jumaat dan selepas solat hari raya.Lama-kelamaan,tradisi ini diteruskan oleh para khalifah yang lain.

• Al-Risalah(Surat-menyurat)

Nabi Muhammad menulis surat sebagai salah satu kaedah komunikasi dengan menghantarnya kepada raja dan ketua arab yang berlainan.
Baginda Nabi S.A.W membentik gaya penulisan surat kiriman seperti berikut:
1)Nama Allah di bahagian awal diikuti dengan nama baginda,sebagai Rasul Allah
2)Kemudian salam untuk orang muslim dan mereka yang mengikut jalan yang lurus.
3)Pujian kepada tuhan dan pengakuan wujudnya tuhan.
4)Tujuan surat
5)Penutup dengan salam.

Khibrah(pengajaran) daripada komunikasi Nabi Muhammad S.A.W:

1. Komunikasi adalah medium terbaik adalah membuat perubahan iaitu amar makruf dan nahi munkar.
2. Para pendakwah hari ini perlu menguasai pelbagai alat komunikasi dalam memastikan keberkesanan dakwah mereka.
3. Kita mesti memanfaatkan sebarang ruang yang ada dalam menyampaikan dakwah.

Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

Tuesday, March 30, 2010

No comments:

Post a Comment