• Meneguhkan iman dan taqwa kepada Allah, patuh kepada perintah agama, mengamal dan menghidupkan sunnah, sentiasa mengingati hari kematian dan hari akhirat.
• Membina, memantap dan menyuburkan diri dengan sifat-sifat terpuji seperti jujur, amanah, proaktif, lemah-lembut tetapi tegas, penyayang, berprinsip, tenang dan sabar, lapang dada, mampu menahan shahwat dan marah serta membuang sifat-sifat terkeji dari dalam diri secara berperingkat dan beransur-ansur.
• Menggunakan masa dengan perkara yang terbaik kerana masa adalah modal yang paling berharga untuk bekalan pada hari akhirat & masa hadapan.
• Menggunakan masa-masa utama (prime time) untuk aktiviti-aktiviti pembinaan kendiri seperti bertafakur, berzikir, muhasabah, membaca Quran, membuat perancangan dan persediaan.
• Membiasakan diri dengan pekerjaan berfikir dan merancang pada setiap hari.
• Meningkatkan kualiti dan profesionalisma dalam bidang yang saya ceburi.
• Memantapkan ilmu dan kefahaman melalui proses perguruan, pembacaan dan pengalaman.
• Menunjukkan akhlaq yang baik dan terpuji sebagai sebagai contoh teladan kepada isteri dan anak-anak. Memulakan proses pendidikan dari diri sendiri kemudian keluarga ke arah mencapai kebahagiaan dan mardhatillah di dunia dan di akhirat. Memperuntukkan masa berkualiti bersama.
• Melengkapkan diri dengan ilmu dan alat dakwah sebagai seorang daie yang berkesan.
• Mendengar dengan teliti dan memahami sebelum membuat keputusan atau hukuman. 'Sebaik-baik akhlaq seseorang itu ialah apabila saudaranya bercakap dia mendengar'
• Berdikari dan tidak bergantung dalam sumber kewangan.
0 comments:
Post a Comment